Friday, June 13, 2008

Kuliah Pagi

Hari-hari berlalu begitu cepat, malam dan siang silih berganti begitu cepat dan makin hampir setiap insan dengan hari yang maha besar perhitungan dengan Allah swt akan segala amal yang di lakukan semasa hayat ini.
Allah swt berfirman yang bermaksud ' Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu' maksud ibadat disini terlalu luas merangkumi segala amalan kita seharian yang berlandaskan iman dan takwa dan untuk menambahkan iman dan takwa kita kenalah belajar atau pergilah mendengarkan telinga kita dengan hati yg. ikhlas dimajlis-majlis ilmu untuk menambahkan amal dengan ilmu. kerana amal tanpa ilmu adalah sia-sia... Nabi kita Muhammad saw dalam hadisnya yang menyuruh umatnya menuntut ilmu dari dalam buaian hinggalah keliang lahad. ini menunjukkan betapa pentingnya kita umat Muhammad untuk menjalani kehidupan ini denga berilmu agar beruntung dunia dan akhirat..agar setiap detik perjalanan hidup ini dikira ibadat disisi Allah swt.
contohnya dalam mendidik anak-anak kita mesti tekankan solat lima waktu itu amat penting mengatasi segala urusan yang lain tapi dalam suasana dan keadaan yang tertentu ia masih boleh di tangguhkan(dijamak/himpunkan) ke waktu yang berikut dan semua ini memerlukan ilmu yang mesti dipelajari.. Waktu solat mesti tunaikan solat dulu jangan masih mengadap tv leka dengan cerita-cerita kartun lagi melekakan kita..Anak-anak mestilah mendengar nasihat ibubapa kerana setiap ibubapa sentiasa mengharapkan agar anak-anaknya menjadi orang yang terbaik dalam kehidupan ini dunia dan akhirat, dan setiap insan mohonlah kepada Allah agar sentiasa berada dalam Reda kedua ibubapanya kerana Reda Allah bergantung kepda Reda kedua ibubapa selagi tidak melangar batasan hukum-hukum yang telah di tetapkan oleh Allah swt.
Oleh itu marilah kita sama-sama pergi menghadiri majlis-majlis ilmu yang disana sayap malaikat jibril memayungi orang-orang yang menghadirinya dan selama mereka berada di majlis ilmu itu mereka ibarat berada di taman-taman syurga betapa besar rahmat Allah kepada orang yang menghadiri majlis ilmu. mengapa kita masih leka ..ayuh anak-anakku mari kita sama-sama
menyertai majlis ilmu disana ada barakah dan ketenangan dan bacalah buku-buku agama dan layarilah laman web yang dengan mudah kita boleh dapati akan terjemahan-terjemahan Al-Quraan yang akan menambahkan ilmu dan iman menambahkan kekuatan roh dan jasad sihat minda dan lapang fikiran. Insya_Allah ...
Berdoalah kepada Allah agar mendapat petunjuk dan hidayatNya
Berdoalah kepada Allah agar sentiasa dalam bimbingan dan RahmatNya
Berdoalah kepada Allah agar sentiasa dalam redhaNya
mudah-udahan kita termasuk dalam gulungan hamba-hambaNya yang bertakwa. dan untuk
menjadi hamba Allah yang bertakwa kenalah berilmu dan beramal dengan ilmu yang kita miliki Insya-Allah

Tuesday, June 3, 2008

Kuliah hari jumaat_Muslimah

Keutamaan mendengar kuliah agama sangatlah besar pahalanya disisi Allah swt. mereka yang menghadiri kuliah agama atau ceramah-ceramah agama di surau-surau atau di masjid-masjid
perjalanan pergi dan balik mendapat ganjaran disisi Allah . sedangkan berada di majlis itu adalah ibarat berada di taman-taman syurga , begitu besar nilainya , jadi kenapa kita masih tidak mau merebut peluang ini. sementara kita masih hidup dibumi ini marilah sama-sama kita menghadirkan diri kemajlis-majlis ilmu yang sangat -sangat dituntut agar kita memperolehi ilmu yang dapat meningkatkan iman dan dapat keluar dari kejahilan. menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap insan. dengan adanya ilmu kita boleh beramal dan dengan amalan dapat meningkatkan iman dan dengan iman terasa kedilnya kita di maya ini dan menjadikan kita dapat bersyukur dalam segala hal dan keadaan. hari -hari yang berlalu dapat kita bermuhasabah diri di mana kita dan kemana arah tuju kita neraka atau syurga...

Allah telah berfirman yang bermaksud" Tidak Aku jadikan Manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu" maksud firman Allah ini amat luas tidak dapat difahami dan melaksanakannya bagi orang yang tidak ada ilmu. carilah ilmu , hadirkanlah diri kemajlis ilmu. rugi sekiranya kita biarkan masa kita berlalu dengan perkara-perkara yang hanya memuaskan hawa nafsu.
menuntut ilmu adalah orang-orang yang bersyukur dan orang yang terpilih saja maka jadikan lah diri kita gulungan mereka-mereka yang terpilih untuk menyempurnakan kebaikan.