Friday, June 13, 2008

Kuliah Pagi

Hari-hari berlalu begitu cepat, malam dan siang silih berganti begitu cepat dan makin hampir setiap insan dengan hari yang maha besar perhitungan dengan Allah swt akan segala amal yang di lakukan semasa hayat ini.
Allah swt berfirman yang bermaksud ' Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu' maksud ibadat disini terlalu luas merangkumi segala amalan kita seharian yang berlandaskan iman dan takwa dan untuk menambahkan iman dan takwa kita kenalah belajar atau pergilah mendengarkan telinga kita dengan hati yg. ikhlas dimajlis-majlis ilmu untuk menambahkan amal dengan ilmu. kerana amal tanpa ilmu adalah sia-sia... Nabi kita Muhammad saw dalam hadisnya yang menyuruh umatnya menuntut ilmu dari dalam buaian hinggalah keliang lahad. ini menunjukkan betapa pentingnya kita umat Muhammad untuk menjalani kehidupan ini denga berilmu agar beruntung dunia dan akhirat..agar setiap detik perjalanan hidup ini dikira ibadat disisi Allah swt.
contohnya dalam mendidik anak-anak kita mesti tekankan solat lima waktu itu amat penting mengatasi segala urusan yang lain tapi dalam suasana dan keadaan yang tertentu ia masih boleh di tangguhkan(dijamak/himpunkan) ke waktu yang berikut dan semua ini memerlukan ilmu yang mesti dipelajari.. Waktu solat mesti tunaikan solat dulu jangan masih mengadap tv leka dengan cerita-cerita kartun lagi melekakan kita..Anak-anak mestilah mendengar nasihat ibubapa kerana setiap ibubapa sentiasa mengharapkan agar anak-anaknya menjadi orang yang terbaik dalam kehidupan ini dunia dan akhirat, dan setiap insan mohonlah kepada Allah agar sentiasa berada dalam Reda kedua ibubapanya kerana Reda Allah bergantung kepda Reda kedua ibubapa selagi tidak melangar batasan hukum-hukum yang telah di tetapkan oleh Allah swt.
Oleh itu marilah kita sama-sama pergi menghadiri majlis-majlis ilmu yang disana sayap malaikat jibril memayungi orang-orang yang menghadirinya dan selama mereka berada di majlis ilmu itu mereka ibarat berada di taman-taman syurga betapa besar rahmat Allah kepada orang yang menghadiri majlis ilmu. mengapa kita masih leka ..ayuh anak-anakku mari kita sama-sama
menyertai majlis ilmu disana ada barakah dan ketenangan dan bacalah buku-buku agama dan layarilah laman web yang dengan mudah kita boleh dapati akan terjemahan-terjemahan Al-Quraan yang akan menambahkan ilmu dan iman menambahkan kekuatan roh dan jasad sihat minda dan lapang fikiran. Insya_Allah ...
Berdoalah kepada Allah agar mendapat petunjuk dan hidayatNya
Berdoalah kepada Allah agar sentiasa dalam bimbingan dan RahmatNya
Berdoalah kepada Allah agar sentiasa dalam redhaNya
mudah-udahan kita termasuk dalam gulungan hamba-hambaNya yang bertakwa. dan untuk
menjadi hamba Allah yang bertakwa kenalah berilmu dan beramal dengan ilmu yang kita miliki Insya-Allah

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)